You are here:  / Sejarah Penubuhan Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Al al-Bayt (PRISMA)
Logo PRISMA

my jamiah

Tahun 1994 merupakan tahun pertama anak Malaysia menjejakkan kaki ke bumi Mafraq. Mereka merupakan pelajar di bawah tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Yayasan Pahang. Mereka ditempatkan di sebuah universiti yang baru dibuka iaitu Al al-Bayt. Ketika itu, keadaan para pelajar agak tertekan akibat suasana universiti yang membosankan dengan kekalutan sistem pentadbiran tahun pertama universiti.

Rentetan daripada itu, semua pelajar telah membuat satu memorandum agar mereka dipindahkan. Empat orang wakil setiap tajaan menyampaikan memorandum ke Malaysia. Mereka ialah Suhaimi Sudin (KPM), Mahmood Kassim (KPM), Fakhrunnizam Ishak (JPA) dan Zulkarnain Ahmad (Yayasan Pahang). Pada 19 Disember 1994 Dato Amar Sulaiman Daud, Menteri Pendidikan pada ketika itu merupakan wakil kerajaan Malaysia yang dihantar bagi meninjau sendiri keadaan sebenar Al al-Bayt yang akhirnya membawa keputusan yang mengecewakan. Memorandum mereka gagal. Akhirnya pelajar terpaksa akur untuk meneruskan pembelajaran di Al al-Bayt.

 

Setelah Persatuan Mahasiswa Malaysia Jordan (PMMJ) terkubur, pelajar memikirkan perlu untuk mereka bersatu di bawah satu kesatuan. Lalu terbitlah idea untuk menubuhkan persatuan universiti bagi menjaga kebajikan mereka khususnya di Mafraq. Satu jawatankuasa Penaja Persatuan dibentuk dan pada 23 Februari 1995 pilihanraya pertama diadakan untuk memilih barisan kepimpinan. Pada 25 Februari 1995 keputusan pilihanraya diumumkan dan tercatatlah sejarah Persatuan Mahasiswa Malaysia Al alBayt (PRISMA) yang ditubuhkan secara rasmi.

 

 

PRISMA adalah ringkasan daripada Persatuan Mahasiswa Malaysia Al alBayt dan dalam bahasa Inggerisnya ialah Malaysian Al alBayt Student Association (MASA). Ia telah ditubuhkan pada hari Sabtu, 25 Februari 1995M bersamaan 25 Ramadhan 1415H. Orang pertama yang memenangi kerusi Presiden yang dipertandingkan pada ketika itu ialah saudara Wan Rumaizi Wan Ismail, dari kulian Bahasa Arab. Beliau telah memegang tampuk kepimpinan selama dua tahun sebelum beralih kepada presiden berikutnya pada tahun 1997.

 

1459124_10202794335766002_1957423432_n
PRISMA ditubuhkan untuk memelihara hal ehwal kebajikan pelajar-pelajar Malaysia di Universiti Al al-Bayt Jordan di samping memelihara hal ehwal akademik mereka. Tidak lupa juga PRISMA diwujudkan untuk menjadi agen penyatuan pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di sini dan menjadi wasilah antara mereka dan persatuan-persatuan lain yang ada di bumi Jordan demi menjaga dan menjamin kebajikan mereka.

 

299696_10200437027834777_965704763_n

 

Sekarang ini PRISMA merupakan sebuah persatuan yang ditadbir oleh enam orang Ahli Majlis Tertinggi bahagian siswa dan lima orang bahagian siswi yang diketuai oleh Presidennya yang dipilih melalui pilihanraya yang diadakan setahun sekali. Persatuan ini dinaungi oleh Kedutaan Besar Malaysia ke Jordan, dengan Jabatan Penuntut Malaysia (JPM) sebagai penasihat kehormatnya. PRISMA adalah persatuan universiti yang pertama ditubuhkan terus kekal dan berusaha mencapai objektif penubuhannya sehinggalah ke hari ini.

 

 

1472049_10202794334565972_1557696751_n

Pentadbir Portal PRISMA email : admin@prismajordan.com Dikelolai oleh Team Web, PRISMA Creative Media (PCM)

LEAVE A REPLY

Your email address will not be published. Required fields are marked ( required )

July 2017
S M T W T F S
« Jun    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Cuaca di Mafraq Sekarang

Arkib Berita