You are here:  / Mentor Council (Meco) / Pengumuman / Sukan & Kebudayaan / Usrah Umum 4.0 : Jogging Bhaijaan
Untitled-1

Usrah Umum 4.0 : Jogging Bhaijaan

Usrah Umum 4.0 : Jogging Bhaijaan.

Alhamdulillah, pada pagi Jumaat 21/8/2015 telah berlangsungnya Usrah Umum 4.0 dengan kerjasama Biro Sukan dan Kebudayaan. Program dimulakan dengan Jogging dari Dhubat ke Bayt Zulfaa dan dari Masjid Aisyah ke Bayt Zulfaa yang diketuai oleh Hanizah Mihat. Kemudian, pengisian bedah filem “Bajrangi Bhaijaan” dibentangkan oleh saudari Ain Aqilah Ali Aqil dan Farzana Maulan. Pembedahan filem ini memfokuskan dari sudut sejarah, georgrafi, perbandingan agama dan nilai-nilai yang terdapat dalam filem ini.

……………………………………………………………

Sultanpur, sebuah daerah pergunungan yang terletak di selatan Kashmir persempadanan antara India-Pakistan. Pergolakan wilayah Kashmir antara India Barat dan India Timur telah bermula sejak tahun 1947. Selepas Perang Kashmir 1, India Barat telah memohon untuk keluar dari India. Maka pada tahun 1948, PBB telah mengisytiharkan India Barat sebagai sebuah Negara berdaulat Pakistan. Kira-kira 7 tahun kemudian, tercetusnya Peperangan India-Pakistan 1965 (Perang Kashmir 2) untuk merebut wilayah Kashmir. Melalui campur tangan PBB, akhirnya India bersetuju melakukan gencatan senjata melalui Perjanjian Tashkent walaupun ketika itu mereka dikhabarkan mampu mengalahkan Pakistan. Hasil perjanjian ini, Kashmir kini terbahagi kepada Kahmir India dan Kashmir Pakistan. Walaubagaimanapun, perebutan Kashmir berlanjutan melalui siri-siri peperangan 1971, 1999 dan masih berlanjutan hingga kini.

Filem ini berjaya menyentuh isu-isu sensitif antara India-Pakistan seperti keagamaan, kekastaan, dan permusuhan antara Negara secara halus. Antaranya, penyatuan antara agama melalui watak Maulana Sahab dan kesanggupan Pawan berjumpa Hazrat Amin Shah untuk mencari ibu bapa Munni a.k.a Shahida. Kedua, sindiran terhadap pelabelan kasta di India ketika Pawan meneka Munni adalah Brahmin atau Ksyatria atas dasar warna kulit dan jenis makanan. Dan ketiga, kesatuan India-pakistan ketika merobohkan pagar besi pangkalan Narowel di sempadan Kashmir antara India-Pakistan.

………………………………………………………………

Sebagai penutupan, diharapkan bedah filem ini mampu membuka mata ahli Prisma tentang pengetahuan am dunia islam masa kini. Dan mampu mengambil ibrah dari filem yang dipaparkan.

 

#Lebarkan Ukhuwwah Sebarkan Dakwah

#PRISMA Milik Kita

Comments

comments

Mentor Council PRISMA email : meco@prismajordan.com

LEAVE A REPLY

Your email address will not be published. Required fields are marked ( required )

July 2017
S M T W T F S
« Jun    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Cuaca di Mafraq Sekarang

Arkib Berita