You are here:  / Pengumuman / Pelaburan Dalam Islam
duit-bisnes

Pelaburan Dalam Islam

Pelaburan adalah salah satu kaedah menghasil dan mengembangkan harta. Dalam ilmu pengurusan harta secara Islam menggariskan, Penghasilan Harta (Wealth Creation) sebagai satu asas permulaan seseorang dalam interaksinya dengan harta.

Tidak dinafikan, harta perlu dicari dan tidak hanya pasrah pada qada dan qadar seperti di dalam firman Allah yang bermaksud: Maka apabila telah ditunaikan sembahyang, bertebaranlah kamu dimuka bumi dan carilah kurnia (rezeki) Allah dan ingatlah akan Allah sebanyak-banyaknya, mudah-mudahan kamu menang. (al-Jumuah: 10)

Pada zaman Nabi Muhammad saw dan Khalifah Al-rashidin telah melakukan pelaburan dengan mengembangkan harta-harta zakat seperti unta,lembu dan kambing.Ini memandangkan binatang-binatang tersebut mempunyai potensi yang baik di dalam pembiakan dan perkembangan.

Islam melarang membekukan harta tanpa dimanfaatkannya. Ia hendaklah dikembangkan agar manfaatnya dapat dirasai oleh ramai orang sebagaimana firman Allah dalam surah al-Hasyr ayat 7.
مَّا أَفَاء اللَّهُ عَلَى رَسُولِهِ مِنْ أَهْلِ الْقُرَى فَلِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاء مِنكُمْ وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانتَهُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

Pengembangan harta boleh dilakukan menerusi pelbagai cara, antaranya menerusi pelaburan di institusi kewangan

Ciri-ciri Pelaburan dalam Islam :

1)Modal mesti disediakan oleh salah seorang atau kedua-dua orang dalam sesebuah perkongsian berdasarkan bentuk kontrak yang disertai.
2)Aktiviti pelaburan ini mestilah halal dan dibenarkan oleh syariah.pelaburan yang diterima dan sah di sisi Islam adalah pelaburan yang menepati prinsip pelaburan daripada perspektif Islam. Di dalam Islam, dua kontrak syariah yang popular berkaitan dengan pelaburan ialah musyarakah dan mudharabah.
3)Modal itu mesti diadakan dalam bentuk tunai dan sekiranya aset diterima sebagai modal perniagaan, maka ianya mestilah diberi nilaian berdasarkan nilai semasa dan tertakluk kepada penurunan nilai
4)Keuntungan tidak boleh ditetapkan dalam jumlah yang tertentu. Ianya mestilah dalam bentuk peratus atau bahagian
Keuntungan ditakrifkan sebagai peningkatan kepada jumlah modal yang disediakan.
5)Kerugian mesti ditanggung oleh kedua-dua pihak yang berkongsi dan cara perkongsian ini berbeza dari satu kontrak kepada kontrak yang lain.
6)Setiap pihak mempunyai hak dan tanggungjawab yang mesti diperjelaskan dalam perjanjian untuk mengelak perselisihan
Setiap pihak boleh membatalkan kontrak perkongsian, namun boleh disyaratkan cara pembatalan itu dan sekiranya ini telah dimasukkan dalam perjanjian, ia adalah mengikat kedua belah pihak.

::KITA ADALAH SATU::
::EKONOMI TUNJANG KESATUAN PRISMA::

Comments

comments

Biro Keusahawanan dan Ekonomi PRISMA email : bkon@prismajordan.com

LEAVE A REPLY

Your email address will not be published. Required fields are marked ( required )

August 2017
S M T W T F S
« Oct    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Cuaca di Mafraq Sekarang

Arkib Berita