You are here:  / Perhubungan & Penerangan / Menyingkapi Sejarah Pohon Baqi’awiyyah : Hidup Subur Bersendirian di Padang Pasir
13220808_1082276661811209_717991150613017753_n

Menyingkapi Sejarah Pohon Baqi’awiyyah : Hidup Subur Bersendirian di Padang Pasir

Kawasan Baqi’awiyyah terletak di daerah Sofawiyyah di arah timur laut negeri Mafraq, Jordan. Perjalanan menuju lokasi ini dengan jarak melebihi 100 km dari balad Mafraq pastinya memberi keterujaan untuk melihat pohon rendang yang subur hidup di padang pasir. Negeri Mafraq sudah sinonimnya dengan negeri luas yang kurang menghijau seperti bandar-bandar lain. Namun, kewujudan pohon rendang tersebut pastinya dianggap sebagai tarikan untuk mengunjunginya.

Jika kita sudah berada di jalan besar yang menghubungkan balad Mafraq dan Sofawiyyah, kita akan berhenti dipersimpangan masuk kawasan Baqi’awiyyah. Menelusuri kawasan Baqi’awiyyah akan disambut dengan panorama batu-batuan hitam di dataran padang pasir yang hanya ditumbuhi sedikit rerumput. Bayangkan di atas dataran tersebut ada batuan hitam yang berasal dari bawah bumi. Proses itu pula mengambil masa dan kepanasan suhu yang lebih tinggi daripada batuan putih (limestone). Jika ingin tahu, seni bina peradaban Rom menggunakan dua jenis batu untuk membina bangunan mereka. Batu hitam itu sebenarnya lebih utuh berbanding batu putih walaupun jisim batu hitam lebih ringan. Jika ingin melihat kota Rom yang hebat di Jordan, pergilah melawat kota Jerash. Disana terdapat gabungan antara batuan hitam dan butih. Malah, di tapak arkeologi al-Fudayn dan Umm al-Jimal juga boleh diteliti seni bina batuan ini.

Setelah melalui laluan tidak bertar sambil ditemani batuan hitam tadi, kita akan lebih teruja melihat pohon yang kita tunggu-tunggu untuk dilihat dengan mata sendiri. Jika kita pergi selain daripada musim sejuk (Syita’), In Shaa Allah berpeluang melihat pohon itu menghijau. Jika datang pada musim sejuk, kita akan melihat lopak air di bawah pohon tersebut dan selalunya ia tidak berdaun. Maklumlah, musim sejuk daun-daunan telah gugur.

Pohon Baqi’awiyyah merupakan pohon daripada jenis pokok Pistacia Atlantica jenis spesis keluarga pokok Pistachio. Kalau dalam bahasa Arab jenis pokok ini disebut sebagai Batm (بطم). Ukur lilitnya 283cm dengan diameter dahannya 90cm. Berhampiran kawasan ini terdapat sebuah tasik kecil yang digunakan untuk ternakan penggembala dan ia menjadi sumber air untuk pohon ini. Namun, suatu yang menark ialah hanya sepohon pokok ini sahaja yang tumbuh dan hanya ditemani rerumput di sekitarnya. Hanya penjagaan daripada Allah Ta’ala sahaja menjadikannya terus hidup sehingga kini.wpid-20150216163348-2-pohon-sahabi-002-tantri-setyorini

Mengenai umur pohon ini, ia didakwa sebahagian orang tempatan telah berumur lebih 1500 tahun kerana didakwa pohon inilah yang pernah menjadi singgahan Rasulullah Sallahu’alaihi wassallam. Malah, inilah pendapat dikemukakan oleh sejarawan Mafraq juga guru penulis sendiri, Dr. ‘Abd al-Qadir al-Housan dalam bukunya, (محافظة المفرق ومحيطها عبر رحلة العصور دراسات ومسوحات أثرية ميدانية ) dalam muka surat 187. Beliau yang penulis anggap sebagai ayah angkat mempunyai autoritinya sebagai Pengarah Arkeologi Mafraq dan sejarawan yang mengkaji sejarah tempatan. Namun, penulis tidak meninggalkan pendapat yang menyangkal umur pohon tersebut. Menurut Ibrahim Musa al-Zakrotiy selaku bekas Pengarah Penyelidik Geografi mengatakan ujian Jabatan Pertanian Jordan hanya menemukan umur pohon itu sekadar lebih 500 tahun. Malah, Dr. ‘Ali Ajeen, pensyarah yang kita hormati turut memaklumkan umur pohon tersebut sekadar 400 tahun.

Justeru, orang bertanya adakah ini pohon yang disinggahi oleh Nabi Muhammad Sallahu ‘alaihi wassallam ketika berdagang ke bandar Bosra di Syam sehingga dengan keberkatan baginda pohon ini terus subur hidup? Jawapannya kita tidak tahu dan menyerahkannya kepada Allah Ta’ala kebenarannya. Untuk mengatakan ya atau tidak juga kita keliru kerana ia adalah sejarah yang lama telah berlalu.

Pohon ini dikatakan pohon yang diberkati (The Blessed Tree) menerusi kajian Prince al-Ghazi b. Muhammad dan menjadi pendapat Kerajaan Jordan menyatakan pohon ini pernah disinggah oleh Nabi Muhammad s.a.w. ketika remaja semasa berdagang bersama pakciknya, Abu Tolib. Mereka mengemukakannya dengan sokongan laluan tersebut merupakan jalan lama orang menuju ke bandar Bosra al-Syam yang terletak di utara Mafraq. Kisah ini boleh diperolehi melalui pertemuan Abu Tolib dan Pendeta Bahira ketika itu usia Muhammad b. ‘Abdullah ialah 12 tahun. Ketika kafilah dari Arab ini melalui Aqabah, Pendeta Bahira (beragama Nasrani yang belum lagi terseleweng) dengan karamahnya mendapat tahu tentang kehadiran bakal Nabi. Ketika itu baginda sedang dinaungi pokok dan awan sebagai teduhan. Kisahnya boleh diteliti dalam kitab Sirah Ibn Hisyam. Maka, kisah ini dikaitkan dengan keberkatan seorang bakal utusan Allah yang diteduhi pohon sehingga Pohon Baqi’awiyyah digelar sebagai ‘The Only Living Sahabi’ dan ‘The Blessed Tree’ kerana kisah tersebut. Video tentang ‘The Blessed Tree’ boleh ditemui dalam Youtube.

Sebagai kesimpulannya, saya merumuskan pohon ini layak diberi nama berdasarkan keutamaan sumbernya (al-Awaliyat fil Tasmiyyah min Masodiriha):

  • Pohon Baqi’awiyyah (Ash-Syajarah al-Baqi’awiyyah as-Sofawiyyah). Nama ini dinisbahkan kepada tempat ia tumbuh di kawasan al-Baqi’awiyyah, daerah as-Sofawiyyah.
  • Pohon Barakah (The Blessed Tree). Ada dua sebab ia dikonotasikan :

 

  1. Pohon yang ajaib ini tumbuh sendirian di padang pasir dengan barakah penjagaan Allah terus hidup sehingga kini. Kita perlu bersyukur berpeluang melawat pohon ini untuk melihat kebesaran Allah Ta’ala yang menjaga ciptaannya.
  2. Pohon yang dikatakan (قيل) pernah disinggahi oleh Nabi Muhammad Sallahu ‘alaihi wassalam ketika remajanya. Penggunaan uslub Tamridh ini menunjukkan pendapat ini lemah dan tiada asas kerana kerana tiada bukti yang menyatakan pohon itu yang menaungi baginda. Peristiwa yang telah berlaku lebih seribu tahun dahulu amat susah untuk menentukan adakah pohon tersebut yang diteduhi baginda.

 

  • Pohon Nabi. Dakwaan ini tiada asas untuk disandarkan kepada Rasulullah Sallahu’alaihi wassallam. Riwayat yang thabit mengenai pohon yang pernah dikaitkan dengan baginda ialah pohon tamar yang menangis dalam Masjid Nabawi kerana tidak lagi digunakan oleh baginda sebagai mimbarnya. Kisah ini boleh dirujuk dalam kitab al-Shifa bi Ta’rif Huquqil Mustafa karya al-Qadhi ‘Iyadh al-Maliki.

Jika ditanya adakah perlu ziarah pohon in? Maka, ziarah pohon ini ada keharusannya berbanding kita menziarah tempat-tempat yang dilaknati Allah Ta’ala. Ziarahilah pohon ini dengan sebab-sebab berikut:

  1. Mentadabburi kebesaran Allah Ta’ala yang mencipta, menjaga dan menunjukkan kebesarannya ketika di padang pasir seluas itu, hanya satu pohon tumbuh rendang. Tumbuhan lain tidak diketemui melainkan rumput-rumput. Walaupun ada sumber air sebagai asbab ia terus hidup, namun keganjilannya apabila pohon sebatang itu sahaja yang tumbuh di dataran tersebut.

 

  1. Berdiskusi tentang Sirah Nabawiyyah khususnya mengenai riwayat berkenaan perjalanan berniaga Nabi Muhammad Sallahu’alaihi wassallam ketika remaja, laluan perdagangan dari Mekah menuju ke Bosra dan pertemuaan dengan Pendeta Bahirah. Hadirkanlah diri ke sini dan merasai aspek sejarah yang telah melalui kisah sebenar pohon ini.

 

  1. Jika kita sendiri pernah melawat pohon ini, kita mampu memberikan penerangan yang sebenar tentang pohon ini. Maklumat yang para pelajar di sini tahu dapat diterangkan kepada masyarakat umum apabila pulang ke Malaysia. Ini kerana orang Malaysia amat teruja tentang kewujudan pohon ini. Maka, kita yang pernah menziarahinya lebih tahu hakikat dan fakta yang lebih tepat.

 

Akhir kata, angkatlah kejahilan diri kita dan perdalamilah ilmu kita dalam pelbagai bidang ketika di Jordan. Ketika ada masa terluang sepanjang tempoh pembelajaran, gunakanlah waktu untuk melawat tempat bersejarah di Mafraq. Manfaatnya, kita akan lebih menghargai sejarah bandar-bandar lamanya yang banyak dan menambahkan ilmu pengetahuan yang pastinya tidak akan kita temui dalam kuliah. Hanya Allah Ta’ala sebaik-baik Pemberi Ilmu. =)

 

#Menghidupkan_Sejarah     #Muarrikhun

Comments

comments

Biro Perhubungan dan Penerangan PRISMA email : bpp@prismajordan.com

LEAVE A REPLY

Your email address will not be published. Required fields are marked ( required )

July 2017
S M T W T F S
« Jun    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Cuaca di Mafraq Sekarang

Arkib Berita