You are here:  / Sukan & Kebudayaan / KARNIVAL KEBUDAYAAN DAN KESENIAN (KAYANGAN)
11015762_653259001442797_2138852472701122888_n

KARNIVAL KEBUDAYAAN DAN KESENIAN (KAYANGAN)

11015762_653259001442797_2138852472701122888_n

 

KAYANGAN 2015.

MAFRAQ-8 MEI 2015

Karnival Kebudayaan dan Kesenian atau lebih dikenali sebagai KAYANGAN telah berlangsung dengan jayanya di Bayt Prisma, Mafraq anjuran Biro Sukan Dan Kebudayaan Prisma.

 

Karnival ini bertujuan untuk memperkenalkan kebudayaan khasnya dari seantero dunia. Karnival ini bermula dari pukul 9 pagi dan berakhir pada pukul 10.30 malam. Sesi pagi dimulakan dengan permainan tradisional antara akhowat antaranya galah panjang dan tuju selipar. Manakal pada sebelah petang pula permainan tradisional antara syabab antaranya boling padang, tuju selipar, dan reka wau. Sepanjang perlawanan ini berlangsung, pameran juga diadakan di dalam Bayt Prisma. Pameran yang bertemakan 7 benua di bumi ini julung kalinya diadakan dan alhamdulillah mendapat sambutan yang baik.

 

Pada sebelah malamnya pula, telah diadakam malam kebudayaan untuk mencungkil bakat yang ada pada ahli prisma. Pelbagai persembahan telah diadakan pada malam itu antaranya silat, nasyid, cup song dan deklamasi puisi. Penyampaian hadiah diserahkan kepada pemenang-pemenang setiap acara sebagai majlis penutup.

 

Sejuta kemaafan dan terima kasih kepada ahli Prisma dan sekalung penghargaan diberikan buat ahli pelaksana KAYANGAN yang turut menjayakan program ini.

 

::Lestarikan Budaya::

::Kesukanan Dibudayakan, Perpaduan Diharmonikan::

::Prisma Milik Kita::

Comments

comments

Biro Sukan dan Kebudayaan PRISMA email : bsk@prismajordan.com

LEAVE A REPLY

Your email address will not be published. Required fields are marked ( required )

July 2017
S M T W T F S
« Jun    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Cuaca di Mafraq Sekarang

Arkib Berita