You are here:  / Mentor Council (Meco) / Pengumuman / Usrah Umum 6.0: Forum ‘Humanity : Silence Is Not An Option’
1 poster

Usrah Umum 6.0: Forum ‘Humanity : Silence Is Not An Option’

Alhamdulillah selesai sudah forum yang bertajuk “Humanity : Silence is Not an Option”. Forum ini adalah salah satu medan kepada seluruh warga PRISMA untuk berusrah secara umum (Usrah Umum Meco 6.0).

Dibawakan khas kepada kita semua pengasas Tangisan Syria di Bumi Jordan (TSDBJ) saudara Ahmad Musa Al-Nuwayri bin Kamaruzzaman serta saudari Nor Syafiqah binti Zahari selaku naib pengerusi TSDBJ.

Antara perkara yang dicungkil dan dikongsi bersama ialah idea tercetusnya hasrat kepada penubuhan TSDBJ dan sekolah bagi Anak Syria di Jordan dalam usia semuda 19 tahun serta cabaran dan pengalaman sepanjang detik penubuhan TSDBJ sehinggalah tahap diacukan pistol.

Juga turut diselitkan kisah bersama anak-anak Chow Kit. Persoalannya yang dibangkitkan adalah, di manakah agamawan? Apakah peranan agamawan?
Malang sekali yang bermurah hati terhadap insan-insan ‘homeless’ ini adalah daripada ‘gerejawan’ dek kerana ‘high standard’ sang agamawan!

Ayuh teman-teman, tanya sama hati di mana perginya nilai manusiawi. Sematkan dalam hati naluri kemanusiaan hingga setiap pada kita bisa mengecapi nikmat dunia jua ladang saham di akhirat sana.

Terima kasih juga diucapkan kepada BKASJ Badan Pentadbir Bkasj yang sudi bekerjasama serta para panel yang sudi memberikan perkongsian.

‪#LebarkanUkhuwwahSebarkanDakwah‬
‪#‎PRISMAMILIKKITA‬

Comments

comments

Mentor Council PRISMA email : meco@prismajordan.com

LEAVE A REPLY

Your email address will not be published. Required fields are marked ( required )

August 2017
S M T W T F S
« Oct    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Cuaca di Mafraq Sekarang

Arkib Berita